GENO-GENO DI LENGGONG



English Version



Home / Harga Bilik /  Cara Tempahan / Fasiliti /   Lokasi  / Galeri / Tempat Menarik Menu Makanan / Nak Makan Di Mana? / Geno-Geno /  Sekapur Sireh / Disclaimer / Contact Us


GENO-GENO DI LENGGONG ( What's up! )

Lenggong adalah sebuah pekan kecil di bahagian utara negeri Perak yang terletak 100km dari utara Ipoh. Pekan ini juga berhampiran dengan Gerik, Empangan Temenggor, Lawin, Kota Tampan dan Banding.

Penduduk Lenggong sangat kaya dengan dialek bahasa yang pelbagai dan kosa kata yang unik. Antara dialek-dialek ini berkemungkinan di pengaruhi dari bahasa kelantan dan juga dari bahasa Siam yang tidak jauh bersempadan. Malah nenek moyang kami juga berasal dari negeri Siam.

'Geno' adalah dialek penduduk tempatan yang sering kali menjadi sebutan harian. Ia kadang kala disebut 'begeno' yang bermaksud macam mana atau bagaimana. Ia adalah satu perkataan yang agak famous di sebutkan oleh penduduk Lenggong sehinggakan anak-anak muda juga suka menyebutnya.

Contoh: geno mu nak kelik ? (macam mana kau nak balik ?)
             : geno mu? (kau ok?)/(How are you?)/ (what's up!)

Jadi, Geno-geno di Lenggong hari ini....... kita nak what's up! what's up! apa yang ada di Lenggong untuk kita cuba.......

HENTIAN TASIK RABAN @ DATARAN TASIK RABAN

Top Adventure Camp terletak di Tasik Raban Lenggong. Menyediakan perkhidmatan sewaan bot pelancong, bot memancing, kayak, dan sewaan basikal. Top Adventure Camp dibuka setiap hari bermula pada pukul 7.00 pagi – 7.00 petang. Sebarang tempahan boleh hubungi Puan Nurul (017-5353936)

Jalan lama melalui Tasek Raban



PASAR MALAM KG.SUMPITAN
 3 petang -7 petang. Setiap Ahad.
Lokasi : Depan Masjid Ubudiah Kg.Sumpitan, Perak


PASAR PAGI DI PEKAN LENGGONG
7 pagi hingga 11 pagi 
Setiap Sabtu dan Ahad

Dobi Layan Diri by Syazurr Creative
Lokasi : Pekan Lenggong. Sederet Pejabat Umno Lenggong



No comments:

Post a Comment